Saturday, 10 September 2011

Emas - Emas Lain (Kuwait Finance House Gold Account-i)

Assalamualaikum W.B.T,


Salam Merdeka dan Salam Penubuhan Malaysia. Posting kali ini akan menceritakan tentang emas-emas lain di Malaysia di mana kali ni akan diberi penekanan pada Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i.


What is KFH Gold Account-i??


Kuwait Finance House Malaysia (KFH) turut menawarkan kemudahan pelaburan emas melalui akaun simpanan emas yang dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i).



KFH Gold Account-i adalah pelaburan emas yang patuh syariah dan menawarkan emas fizikal kepada pelabur. 

Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i boleh mengambil emas fizikal serta-merta setelah membuat pembelian ataupun menyimpan emas tersebut kepada Kuwait Finance House.


Tiada sebarang kos penyimpanan dikenakan jika pelabur meyimpan emas tersebut di Kuwait Finance House.


Risalah KFH Akaun Emas-i





Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.


KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki. Ketulenan emas ini adalah 995.0 (ketulenan emas 99.50%.

Kualiti emas ini adalah lebih rendah daripada kualiti emas 999.9 (ketulenan emas 99.99%).

 


Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i. 

Sebelum membuka akaun KFH Gold Account-i anda perlu membuka akaun simpanan dengan Kuwait Finance House Malaysia terlebih dahulu (anggaran kos RM25).

Selepas itu anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas. Anda boleh mengeluarkan jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam KFH Gold Account-I anda.

(contoh: kalau anda membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Untuk pelaburan tambahan selepas itu, anda perlu membeli minimum 5 gram emas.




 Harga belian dan jualan untuk KFH Gold Account-i.


Harga jualan dan belian KFH Gold Account-I boleh dilihat di laman web
http://www.kfhonline.com.my 




Sell = Harga jualan emas kepada pelabur.
Buy = Harga belian emas oleh KFH.
 

Perbezaan harga beli dan jual adalah RM6 ++ segram.







Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.


Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, bila ditanya kepada pegawai KFH samada boleh buka sarung emas ini untuk digadaikan.

Malangnya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar 

3. Sarung emas ini tidak boleh bengkok
Jika perkara-perkara di atas berlaku maka emas ini tidak akan diterima kembali oleh Kuwait Finance House.

Jadi, anda tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu) menggunakan jongkong emas KFH Gold Account-i. Walaupun mendapat emas fizikal, namun tak berapa teruja kerana tidak boleh buka sarung emas tersebut.

Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga emas rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.



Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).

Kuwait Finance House mempunyai cawangan yang terhad. Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Penang, Kelang dan Kuching.
Anda boleh melihat alamat dan nombor telefon cawangan KFH di bawah: 

Cawangan Kuala Lumpur
Tingkat bawah, Tower 2,
Etiqa Twins,
11, Jalan Pinang,
P.O.Box 10103,
50704 Kuala Lumpur,
Tel: 03-2173 3228 

Cawangan Pavilion, KL
Pavilion Lot 22, 1st Floor, 
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur,
Tel: 03-2056 7612 

Cawangan Shah Alam
Tingkat Bawah
Wisma Sunway Mas Office
Tower, Jalan Tengku Ampuan Zabedah,
C 9/C Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Tel: 03 - 2056 7630 

Cawangan Johor Bahru
62, Jalan Molek 2/2,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Tel: 07-356 3100 

Cawangan Pulau Pinang
F-12A-1, F-12A-2, F12A-3,
Lorong Bayan Indah 1,
11900 Bayan Lepas,
Tel: 04-619 1600 
 
Cawangan Klang
1 & 3, Jalan Bayu Tinggi 2B,
Batu Unjur, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan,
Tel: 03-3326 5200 

Cawangan Kuching 
Tingkat bawah Menara Zecon,
No.92 Lot 393,
Section 5, KTLD Jalan Satok,
93400 Kuching.
Tel: 08-222 4800
 


Kelebihan KFH Gold Account-i. 

  1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan. 
  2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0).
  3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat. 
  4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan. 
Kekurangan KFH Gold Account-i 
  1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9.
  2. Spread RM6 segram (agak tinggi) 
  3. Cawangan yang terhad 
  4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang) 
  5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok. 
  6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate. 

Source: ebook menyingkap rahsia pelaburan emas 2010




Jika ada sebarang pertanyaan, persoalan dan keraguan. Boleh hubungi saya untuk menyelesaikannya. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab dengan apa yang ada pada saya.



"With Wisdom, We Invest"

Fauzul Asrar Osman
zulpenang04@gmail.com
013-4033566
A7067 @ PG010194

No comments:

Post a Comment

Share it